Dituduh Liberal, Edry’s day out dan Shrek the Third…
May 31st, 2007 by bugzieSekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Itulah bait2 lirik lagu Suci Sekeping Hati oleh kumpulan Saujana. Memang lirik dia bukan lirik2 kosong takda makna. Liriknya adalah refleksi realiti perjuangan. Bebaru ni aku dapat tahu di dalam sebuah forum politik, blog Demi Pena dituduh sebagai antara laman yang terlibat dengan jaringan orang2 yang berpemikiran Liberal. Maka duduklah sebaris blog aku dengan blog Pak Khalid Jaafar (yang pemikirannya banyak tak sama dengan aku pun). Caption untuk blog aku adalah "budak usrah liberal". Memula aku dapat tau macam menggaru kepala jugak. Sebelum ni aku pernah dilabel jugak (orang Islam yang rendah intelektual ni suka melabel barangkali) tapi untuk dilabel Liberal… lebih tak masuk akal. Pak Khalid pun takkan terima aku sebagai liberal malah dari bacaan aku kat blog dia, jenis aku ni akan disebut konservertif juga. Am yang memula bagitau Syawal suruh inform aku pasal hal ni, dalam perbualan kitorang kat YM pun meluahkan kehairanan:
"Aku pun heran….mana la yg liberalnya….kot la kalo hang ada kata takyah pakai tudung takpe…"
Aku rasa yang menuduh tak pernah nak baca pun tulisan2 aku yang begitu jelas boleh nampak manhaj yang aku tekankan dalam setiap penulisan iaitu kembali kepada Islam dengan pemahaman generasi terbaik ummah/ generasi awal (Salaf al-Ummah). Begitulah nasib orang yang menghambakan diri untuk dakwah semata2. Yang UMNO melihat aku pembangkang sebab Islamik sangat, yang pembangkang pulak tak dapat menerima aku, Wahabi kata mereka. Yang Islamnya agak keterbelakang akan tuduh aku Liberal dan yang Liberal pulak akan lihat aku konservertif. Sentiasa tersepit… Ntahlah lepas ni label apa pulak aku akan dapat lagi. Takpalah, Rasulullah s.a.w dulu pun teruk dilabel tapi tu tak menghalang baginda menyampaikan kebenaran. Teringat doa baginda sewaktu dihalau keluar dengan teruk dari Thaif:
Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi , Engkaulah tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini ? kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku ? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini , nescaya aku tidak peduli ( akan ku teruskan perjuangan ini ) Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan. [Rujuk Sirah An Nabawiyyah Ibnu Hisyam, Juz 2. ms. 48 ]
Pagi tadi aku sempat pergi tengok Shrek 3. Bagaikan ritual setiap kali cuti, aku akan take my own sweet time sorang2. Tadi sampai2 beratur panjang tapi tak lama, dalam 15 minit camtu. Habislah beberapa belas muka surat novel Sherlock Holmes yang aku pinjam dari Ain sementara beratur tu. Storyline Shrek kali ni simple je tapi cerita dia masih memikat. Gabungan comedy dan drama dengan animation yang cun cukup menarik bagi aku. Ada babak buat aku tergelak berdekeh2 dan ada yang sungguh menyentuh perasaan. Juga kali ni ada watak2 baru yang comel, Dronkey (kacukan Dragon dan Donkey…mmg comel betui) dan anak2 Shrek. Comelnyaaaaa….bila la aku dapat capai tahap buat animation macam Shrek tu ek huhuhu. Shrek memang animasi kegemaran aku. Masa tengok episode pertama dia dulu rasa boleh relate diri ni dengan karakter Shrek. Kalau perasan, hero dan heroin citer Shrek (Shrek dan Fiona) bukanlah watak yang cantik. Diorang Ogre…monster. Itu specialnya cerita Shrek, harap dia dapat mengajar penonton, untuk menjadi hero tidaklah wajib untuk kita mempunyai rupa seperti hero…memadai kita percaya kita boleh menjadi seorang hero dan bertindak seperti seorang hero….walaupun dengan cara tersendiri.
Rancangnya lepas tengok Shrek nak pergi Pustaka Indonesia, nak pandang2 jeling2 beberapa buku. Tapi mata rasa berat betul. Jadi ambik keputusan balik. Sampai rumah, aku sambung membaca kat sofa dan kemudian tertidur dengan buku di tangan…

