Malam ni tetiba aku rasa tetiba susah nak tidur walaupun besok pagi lepas subuh ada usrah dengan Ust. Toha dan lepas tu nak pergi dengar talk Tun Dr. Mahathir di Grand Hall MMU. Jadi aku saja menggatalkan tangan pos sesuatu kat blog ni.
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
untuk dengar click Bingkisan Rindu
Ermm…lagu ni aku terdownload tanpa sengaja. Sekali dengar rasa best (sampai rasa nak dengar berkali-kali). Tak tau la sebab melodi, lirik atau sebab bila dengar lagu ni mengingatkan aku pada seseorang. Takdala bertahun tak bersua muka,beberapa bulan je rasanya. Seorang yang sentiasa ingin buatkan aku ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab sering mengingatkan masa aku terlupa. Terima Kasih sebab sering mengingatkan dan mengajakku bersama solat Dhuha waktu diri terlalu khusyuk menelaah kitab-kitab atau artikel di waktu pagi. Terima kasih sebab mampu berdiskusi hal-hal agama dengan aku tanpa prejudis, mendengar dan menilai hujah-hujah ku dengan adil. Sentiasa tenang walaupun mungkin cara aku menegur mampu buatnya tersinggung. Terima kasih untuk pelbagai lagi yang tak dapat nak tulis kat sini…
Siapa dia? lerr tujuan asal aku tulis ni bukan untuk sebut nama orang. Jadi tak perlulah cakap nama. Ambil pengajaran dari kisah cukup ahaha.
2. Kebelakangan ni banyak pulak foward msg yang tak tahu dari mana sumber bertempek-tempek di YM aku. Bila ditanya ianya sahih atau tidak…semua jawapan standard. TAK TAHU. jadi penutup kata mari kita baca sebuah hadis best (walaupun tak berniat jadikan blog ni blog ilmiah)
Rasulullah s.a.w bersabda: Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. [Hadis sahih: Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya - hadis no: 5 (Bab Larangan Menyampaikan Apa Sahaja Yang Didengar).]
Maksud hadis diatas bukanlah melarang menyampaikan sebarang mesej kebaikan tetapi amaran agar lebih berhati-hati dan mengamalkan sikap yang ditunjukkan oleh al-Quran yakni menyiasat atau mengambil tahu sedalam-dalamnya dahulu sebelum menyebar (Surah al-Hujurat ayat 6) dan bukannya menyebarkan sesuatu secara hentam keromo.