Blog Friendster ku kembali

   

Alhamdulillah, lahir semula blog friendster ni setelah sekian lama aku ‘bekukan’ atas sebab malas nak update banyak-banyak blog. Kenapa aku berikan nafas semula kat blog yang dah mati ni? Sebab apa aku nampak, blog Demi Pena aku lebih kepada muntahan kajian ilmiah berbentuk serius dan lontaran pendapat yang panjang berjela-jela (paling pendek pun masih nampak panjang). Ada pulak yang membaca blog Demi Pena aku terkejut bila jumpa aku ‘live’. Terkejut sebab katanya tulisan aku serius betul tapi orangnya sebenar ‘gila-gila’ jugak. Waktu serius kita serius, waktu perlukan keceriaan maka kita ceria hehe. Tapi tu memang dah biasa. Kadang-kadang bila diskusi di YM menjadi semakin serius orang ingat aku marah, padahal aku releks je depan PC tengah kunyah kurma atau kismis. Ermm baru teringat bekalan kismis aku dah kehabisan. Pernah satu pagi aku terjaga dan dalam keadaan mamai-mamai aku nampak Sabau, roomate aku tengah menibai kismis dengan rakus bagaikan makhluk asing dalam cerita Predator hahaha. Takpala, memang aku bawak untuk kongsi-kongsi pun hehe.

    Kesimpulan kepada faktor yang bersimpul-simpul aku tulis di atas. Aku sekadar nak jadikan blog friendster ni catatan pendek, catatan kepada apa yang berlaku atau apa aku lihat dalam hidup aku. Sebab tu namanya pun catatan pendek kehidupan. Hidup ni pun memang pendek. Kita tak tau bila kita akan habiskan ‘ujian’ ni dan menanti keputusan ujian. Boleh jadi esok, boleh jadi lusa, boleh jadi betul-betul selepas aku tekan butang enter. Takda siapa tahu bila. Moga aku dapat konsisten berkongsi. Tapi of course la tak semua akan diceritakan. Kalau semua kisah bahagia, kisah manis nak kongsi parah la hehe. Aku akhiri catatan permulaan ini dengan satu dialog dari filem V for Vendetta yang baru aku tengok minggu lepas. Yer yer aku mengaku aku lambat sangat tengok, nak buat macam mana, jarang ada masa tengok movie huhu.

    Filem yang aku sangat suka. Watak heronya (bernama V) sungguh gentleman, berkarisma, bertopeng sehingga akhir cerita tanpa memakai seluar dalam di luar, kostumnya melambangkan Guy Fawkes. Cerita ini ada kena mengena dengan sejarah rancangan Guy Fawkes yang gagal meletupkan Parlimen pada 1605. Perjuangan V bukan menentang tokey dadah atau orang-orang psycho. Tetapi memperjuangkan satu reformasi politik, kebangkitan menentang kuku besi dan penindasan. Walaupun tindakan Guy Fawkes yang cuba diulangi V dalam filem ni masih diperdebatkan diluar sana apakah ianya releven, peduli lah, it’s a good movie.

“...The
building is a symbol, as is the act of destroying it. Symbols are given power
by people. Alone, a symbol is meaningless, but with enough people, blowing up a
building can change the world.
”~ V

Photo_02
 

5 Responses to “Blog Friendster ku kembali”

  1. NorAiZaM Says:

    pape pun thxxx for sharing ur knowlegdes n songs….
    huhuuhuu….

  2. babywynn Says:

    go!go!go! V Vendeta..hhhehe

  3. Suraya Says:

    update laa selalu2 yer! hohhoho

  4. ainaa kunkun Says:

    bongek.hik hik

  5. Fareed Says:

    edry.

Leave a Reply