Internet Lagging..Salah Siapa? (topik takda kena ngena ngan isi)
Tuesday, January 2nd, 2007Lama rasanya tak update blog ni. Memula yer yer bersemangat sangat nak guna balik blog friendster ni. Tapi bukan blog friendster je, blog Demi Pena tu pun dah lama tak update. Mungkinkah aku turut lagging seperti mana connection internet yang sangatla menduga kesabaran. Bergerak slow macam siput mengajar anak berjalan. Huhu sabar je la…Allah berserta orang2 yang sabar:D
Tengok balik banyak jugak benda aku kena setelkan. Terbaru kena siap2 kertas kerja bersedia nak bentang di IIS nanti. Something aku nak bentangkan memang diluar bidang aku dan sangat memerlukan persediaan rapi. Aku sengaja mengambil cabaran nak bentang topik tu, pertama kerana Allah dan kedua, hidup tanpa cabaran memang tak hidup. Dalam perkara2 tak setel tu termasuk macam2 tulisan yang terhenti di tengah jalan. Memang ada satu perangai pelik dari dulu, dari zaman2 buat lagu sampai la sekarang…buat kerja bila ada ‘feel’. Bila ‘feel’ tak sampai lagi aku tangguhkan dulu. Yang parah bila tangguh terlupa, maka membiakla file2 word yang isinya separuh masak di dalam folder penulisan aku. InsyaAllah cuti ni ada banyak masa, selain fokus buat latihan Maya ada banyak jugak masa untuk menulis. Harap jangan dah kat rumah nanti dijangkiti sindrom ‘tidur melata’ pulak sudah. Macam weekend lepas memang kat rumah banyak tidur. Keletihan betul, rasanya dah macam ‘qadha’ balik tidur2 yang lepas yang tak tentu arah sebab buat assignment.
Tak banyak pun kisah2 menarik dari minggu lepas yang boleh diceritakan pun. Yang aku rasa seronok bila ada seorang budak U.S beragama Deism mesej aku kata nak berkenalan dengan Islam. Pastu seronok gak time2 lepak kat rumah ustaz. Paling tak bleh blah waktu tu adalah masa aku, adik aku ngan abang K.A memula punya tekun memasing belek al-Bidayah wa al-Nihayah dan beberapa kitab lain dengan harapan menghuraikan misteri apakah umur sebenar Khadijah ketika berkahwin dengan Baginda s.a.w berdasarkan begitu banyak riwayat (siap buat graf huhu)…pusing punya pusing last2 masing2 give up…kitab letak tepi, pastu masing2 dok guling2 buat lawak pasal sambutan birthday hahaha. Birthday siapa? jeng jeng jeng tak dapat dinyatakan disini sebab takut menimbulkan fitnah dan kontroversi huhuhu. Cakap pasal birthday, bulan ni ramai betul orang2 yang istimewa disisi aku sambut hari lahir. Siapa mereka? Ceh semua nak amik tau.
Sesuatu yang aku belajar minggu ni, aku tidak sempurna dan boleh saja TERbuat salah. Tapi tersilap tu tak apa, yang salah adalah apabila ingin terus dalam kesilapan dan tidak mahu cuba muhasabah kelemahan diri dan cuba memperbaiki. Adam dan Hawa suatu masa dahulu terlupa dan terlanggar larangan Allah s.w.t. Tetapi mereka kembali bertaubat dan memohon ampun dari kesalahan mereka. al-Quran merakamkan peristiwa ni untuk kita jadikan iktibar. Manusia itu mudah terlupa, tetapi apabila tersedar…kembalilah kepada Penciptanya. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.