Archive for May, 2007

Dituduh Liberal, Edry’s day out dan Shrek the Third…

Thursday, May 31st, 2007

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

        Itulah bait2 lirik lagu Suci Sekeping Hati oleh kumpulan Saujana. Memang lirik dia bukan lirik2 kosong takda makna. Liriknya adalah refleksi realiti perjuangan. Bebaru ni aku dapat tahu di dalam sebuah forum politik, blog Demi Pena dituduh sebagai antara laman yang terlibat dengan jaringan orang2 yang berpemikiran Liberal. Maka duduklah sebaris blog aku dengan blog Pak Khalid Jaafar (yang pemikirannya banyak tak sama dengan aku pun). Caption untuk blog aku adalah "budak usrah liberal". Memula aku dapat tau macam menggaru kepala jugak. Sebelum ni aku pernah dilabel jugak (orang Islam yang rendah intelektual ni suka melabel barangkali) tapi untuk dilabel Liberal… lebih tak masuk akal. Pak Khalid pun takkan terima aku sebagai liberal malah dari bacaan aku kat blog dia, jenis aku ni akan disebut konservertif juga. Am yang memula bagitau Syawal suruh inform aku pasal hal ni, dalam perbualan kitorang kat YM pun meluahkan kehairanan:

        "Aku pun heran….mana la yg liberalnya….kot la kalo hang ada kata takyah pakai tudung takpe…"

        Aku rasa yang menuduh tak pernah nak baca pun tulisan2 aku yang begitu jelas boleh nampak manhaj yang aku tekankan dalam setiap penulisan iaitu kembali kepada Islam dengan pemahaman generasi terbaik ummah/ generasi awal (Salaf al-Ummah). Begitulah nasib orang yang menghambakan diri untuk dakwah semata2. Yang UMNO melihat aku pembangkang sebab Islamik sangat, yang pembangkang pulak tak dapat menerima aku, Wahabi kata mereka. Yang Islamnya agak keterbelakang akan tuduh aku Liberal dan yang Liberal pulak akan lihat aku konservertif. Sentiasa tersepit… Ntahlah lepas ni label apa pulak aku akan dapat lagi. Takpalah, Rasulullah s.a.w dulu pun teruk dilabel tapi tu tak menghalang baginda menyampaikan kebenaran. Teringat doa baginda sewaktu dihalau keluar dengan teruk dari Thaif:

      

Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi , Engkaulah tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini ? kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku ? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini , nescaya aku tidak peduli ( akan ku teruskan perjuangan ini ) Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan. [Rujuk Sirah An Nabawiyyah Ibnu Hisyam, Juz 2. ms. 48 ]

        Pagi tadi aku sempat pergi tengok Shrek 3. Bagaikan ritual setiap kali cuti, aku akan take my own sweet time sorang2. Tadi sampai2 beratur panjang tapi tak lama, dalam 15 minit camtu. Habislah beberapa belas muka surat novel Sherlock Holmes yang aku pinjam dari Ain sementara  beratur tu. Storyline Shrek kali ni simple je tapi cerita dia masih memikat. Gabungan comedy dan drama dengan animation yang cun cukup menarik bagi aku. Ada babak buat aku tergelak berdekeh2 dan ada yang sungguh menyentuh perasaan. Juga kali ni ada watak2 baru yang comel, Dronkey (kacukan Dragon dan Donkey…mmg comel betui) dan anak2 Shrek. Comelnyaaaaa….bila la aku dapat capai tahap buat animation macam Shrek tu ek huhuhu. Shrek memang animasi kegemaran aku. Masa tengok episode pertama dia dulu rasa boleh relate diri ni dengan karakter Shrek. Kalau perasan, hero dan heroin citer Shrek (Shrek dan Fiona) bukanlah watak yang cantik. Diorang Ogre…monster. Itu specialnya cerita Shrek, harap dia dapat mengajar penonton, untuk menjadi hero tidaklah wajib untuk kita mempunyai rupa seperti hero…memadai kita percaya kita boleh menjadi seorang hero dan bertindak seperti seorang hero….walaupun dengan cara tersendiri.

Rancangnya lepas tengok Shrek nak pergi Pustaka Indonesia, nak pandang2 jeling2 beberapa buku. Tapi mata rasa berat betul. Jadi ambik keputusan balik. Sampai rumah, aku sambung membaca kat sofa dan kemudian tertidur dengan buku di tangan…

Hujung Minggu di Tanjung Rhu…

Tuesday, May 29th, 2007

        Hujung minggu lepas merupakan antara hujung minggu yang menyeronokkan dan penuh makna. Pengalaman jadi fasilitator untuk program Friends for Future anjuran SIFE memang menarik. Pada awalnya tak berminat nak join sebab ingat nak rehat sikit cuti ni sebelum mula practical (cadang nak start practical cuti ni jugak). Yap ajak aku join, dan nampak macam menarik, maka aku join la. Aku agak teruja gak bila dengar fasi untuk program kali ni akan join sekali beraktiviti dengan bebebudak dalam kumpulan. Makan minum sekali ngan bebudak, tidur sekali ngan bebudak (tapi lain2 katil la, jangan kuningkan kata2 saya <ayat fasi pencen hahaha>), kalau bebudak kena denda fasi pun akan kena sama2. Dengar macam seronok.

        Kat sana aku jadi fasi group yang menamakan diri mereka ANTZ sebab diorg bajet diorg macam semut la hahaha. Seangkatan dengan aku jadi fasi group tu adalah Tuan Taufik (yang bleh tahan merepek rupanya), Uzair (yang tak banyak cakap dan sentiasa cool) dan Epy (akak fasi yang mudah confuse hehehe). Dan bebudak kat program tu semuanya umur 16 tahun kecuali beberapa kerat budak Form 6 je umur 18 tahun termasuklah si Fuad, ketua kumpulan ANTZ. So sesuatu pengalaman menarik dapat bergaul ngan bebudak yang lebih muda hampir 6 tahun daripada aku. Masing2 ada karakter tersendiri. Melihat diorang kekadang macam melihat diri sendiri masa umur 16 tahun dulu.

        Fuad ketua kumpulan yang nampak matang. Berminat dan bersemangat dalam hal2 agama. Banyak tanya aku tentang hukum hakam termasuklah hal2 politik hehehe. Dia kot yang suruh buatlah sesi ta’lim skit. Nantilah insyaAllah kalau ada peluang aku bawak korang semua berusrah ek. Kita diskus la satu dua kitab.

        Ali yang pakaian dia ala2 nak masuk MCKK je. Aku ada dengar suara2 cakap muka dia macam Tunku Abdul Rahman *gelak guling2*…Ada pulak cakap macam Tun Dr. Mahathir. Kesimpulan yang pasti muka dia tu muka politikus la kot walaupun dia nak jadi doktor psikologi. Walaupun begitu, pandai menari rupanya mamat ni, aku dapat tengok video dia menyayi dan menari ngan Farah AF, hebat tarian dia *sarcasticsm* (^-^)

        Amzar plak pendiam, susah nak dengar dia cakap. Dia nampak lebih banyak mendengar. Tapi hari terakhir tu bila dia present akaun atas pentas memang membanggakan. Seorang yang tak banyak cakap leh bagi jawapan yang kow2 punya. Memang cool dia ni.

        Hakim, muka dia macam karakter semut kat bendera kumpulan ANTZ (bukan aku cakap, ada oang lain cakap). Agak ‘critical thinking’ gak dia ni rasa aku. Tak mudah terima bulat2 apa yang penceramah sampaikan. Bagus tu. Selain tu dengar kata dia ada minat sorang ni dalam group aku…yer ker? (^-^)

        Affy, budak perempuan kecik molek je. Tapi bila dia start becakap, mengkagumkan ramai orang. Budak perbahasan ler katakan. Siap pantun2 lagi. Bila bercakap dengan gaya2 badan sekali. Kalah pemidato kat IPT. Ada fasi macam tak suka bila dia wat ekspressi muka macam kerek. Tapi aku tak kisah, sebab aku faham, aku sendiri dulu orang2 gelar aku si Bengis la apa la padahal dia tak kenal pun aku ni camna. People often carried away by first judgment that’s not oftenly right (amik tuh). Dia ni kalau dipolish lagi karakter dia, leh jadi somebody gak suatu hari nanti. Satu lagi yang lawak, dia ni kekadang blur ngan lawak aku dan Taufik, kekadang tension pun ada kot hahaha.

        Amirah, bunga mekar dalam kumpulan ANTZ. Ayu je budaknya. Nampak matang gak. Selalu skip makan untuk pergi mandi. Bukan main punya jaga kecantikan hahahaha. Ramai peminat tak silap aku dia ni. Biasakla zaman2 sekolah mesti ada sorang dua girls yang comel2 sentiasa menjadi perhatian. Selalu melekat ngan Shahirah dalam apa2 aktiviti pun.

        Shahirah, selalu melekat ngan Amirah. Kuat mengusik gak, cam aku masa zaman sekolah dulu gak (sakarang pun masih lg kuar mengusik orang sebenarnya hehehe). Antara  yang terserlah dalam kumpulan ANTZ. Hampir2 jatuh dalam paya masa menyusur kat hutan bakau, nasib baik aku selamatkan (tetiba rasa cam Superman plak), kalau tak memang tenggelam ler, dah la kecik hahaha.

        Salwa plak memula pendiam. Aku ngan fasi2 lain risau gak. Dia tak selesa dengan group tu ke, atau tak selesa ngan fasi huhuhuhu. Memula saja suruh dia yang present nanti untuk group identity tapi punya pemalu asyik menolak (last2 dia kena terima ler). Tapi kejap je pendiam dia, pastu jadi mesra terus. Memang twist macam ending Baik Punya Cilok hahaha.

        Fatin, haa dia ni memang pendiam betul. Takda twist2 macam Salwa hehe. Pening kepala kot. Ditambah dengan fasi gila macam aku ngan Taufik. Dia tak pengsan dah kira nasib baik (^-^)

        Kepelbagaian karakter ni betul2 menghiburkan. Aku tak pasti berapa banyak ilmu diorang dapat daripada aku, cuma yang pasti aku banyak gak belajar bila dengan diorang. Diorang suma kini adalah sebahagian dari karakter yang memberikan kesan dalam hidup aku. Walaupun sekejap, aku dah rasa diorang macam keluarga sendiri. Kita dah makan minum bersama, berkawad bersama, masuk paya yang busuk lagi membusukkan sama2 (Epy terminum air paya tu dengar kata hahaha), kena tembak ngan group lain masa presentation sama2 dan macam2 lagi. Terima kasih untuk hujung minggu yang best tu. Terima kasih untuk satu ikatan baru yang aku harap dapat berkekalan.

        alkisah hari ni, walaupun penat giler aku gagahkan jugak untuk pergi interview pagi tadi, alhamdulillah aku berjaya dapat. Start practical minggu depan. Berkat doa orang2 tersayang. Satu rantaian hari-hari yang mengembirakan….

p/s: Esok aku plan nak wat aktiviti masa cuti yang dah lama tak buat. Nak pergi tengok wayang (animasi feveret aku, Shrek 3), makan2 kat KLCC, lepak kedai buku berjam2. Weekend dah habiskan dengan aktiviti berkumpulan, skarang masa untuk aktiviti perseorangan huhuhuhu.

KATA-KATA YANG AKAN SENTIASA DALAM INGATAN DALAM PROGRAM FRIENDS OF FUTURE

1. Jangan kuningkan kata-kata saya (Pak Nordin)

2. Hey hey hey hey (Pak Nordin)

3. Kitorang melabur dengan abang Gagak (oleh group yang kena tipu ngan Skim Cepat Kaya Gagak masa game belanjawan) <—- aku ngan Taufik gelak sampai kuar air mata :D

4. Kadir tu melambangkan dunia, cik Salmah tu melambangkan manusia (oleh group Jaga-Jaga Cik Salmah) <—-sampai sekarang aku tak dapat paham falsafah ni hahahahaha

5. Kurangkan bernafas, sebab nanti akan keluar banyak karbon dioksida dan menyebabkan global warming (fakta yang telah teruk disalah tafsirkan oleh Taufik)

Bila Mufti-Mufti Dicerca…

Monday, May 14th, 2007

    Dulu panas isu Mufti Perak di’ganggu’ oleh sesetengah golongan yang ingin masuk campur hal ehwal Islam. Maka naik angin ramai orang sekeliling. Aku turut rasa tak patut mereka menggangu sesuatu yang bukan hak mereka. Kemudian isu tersebut kembali reda…namun calarnya ada. Ianya bukti hal-hal agama ini dicuit sedikit demi sedikit oleh orang luar.

    Sabtu lepas, selepas kuliah Subuh, sempat balik rumah untuk lelapkan mata dalam 20 minit, kemudian aku dengan adik bergegas ke kuliah ustaz Fathul pula. Adik ada meeting dengan ustaz Fathul selepas itu. Dalam kuliah ustaz Fathul beliau menyentuh sedikit pasal isu mufti dicaci, tapi kali ni lebih menyedihkan sebab yang mencacinya itu adalah seorang Islam, seorang ustaz, bukan calang2, dahulunya pensyarah di sebuah Universiti ternama. Tetapi barangkali kerana emosinya menguasai tindakan maka dia memaki mufti Perlis. Aku bukanlah pro mana2. Aku pernah ke kuliah ustaz tersebut juga tiap kali cuti, apabila beliau datang memberi kuliah Subuh. Namun kebenaran itu lebih aku sayangi. Disini bukanlah aku hendak membuka aib sesiapa kerana kalau benar
bertujuan demikian nescaya aku streama clip ceramah tersebut di sini
agar semua boleh tengok. Agar terkenal nama ustaz itu. Aku masih bersangka baik bahawa ustaz itu mungkin terkesan dengan tekanan kerja dan sebagainya. Jadi ini sekadar luahan dan pembetulan maklumat agar semua yang membaca peroleh serba sedikit manfaat.

 

Aku berpeluang menonton sendiri ceramah ustaz tersebut. Pada minit 7:29 beliau berkata:

"Yang terbaru adalah apabila mufti Perlis, keluar kenyataan, keluar fatwa, orang-orang yang masuk Islam tidak perlu tukar nama. Kekalkan nama lama, Raju, Sami dan sebagainya. Bagi saya ini adalah agenda jahat. Untuk memadam Syiar Islam. Nama adalah Syiar, saudara…"

Pada minit 8:02 beliau menambah:

"Jadi apa agenda  yang tersembunyi disebalik fatwa mufti Perlis yang gila itu." (disambut dengan gelak ketawa beberapa orang kedengaran dari bawah pentas)

    Itu baru sedikit, ada lagi cacian. Aku nak komentar perkara itu dahulu. Pertamanya, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Perlis (dianggotai 13 ahli) adalah:

“Dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis sebulat suara bersetuju dengan keputusan tidak membenarkan mereka mengubah nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam,

rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Di situ sahaja ustaz tersbeut sudah melakukan kesilapan dan terus terbuai dengan kesilapan apabila mencaci mufti Perlis. Yang dilarang tukar nama bapa, nasab bukannya nama Dan apakah fatwa ini gila? Berhati-hatilah mulut yang berkata kerana Allah berfirman:

Panggillah mereka dengan nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah [al-Ahzab 33:5]

dan Rasulullah s.a.w bersabda:

من ‏ ‏ادعى ‏ ‏إلى غير أبيه وهو يعلم أنه غير أبيه فالجنة عليه حرام

Barangsiapa yang mengaku bapa, kepada yang bukan bapanya padahal ia mengetahuinya maka haramlah syurga keatasnya. [Sahih al-Bukhari - no: 4071]

ليس من رجل ادعى لغير أبيه - وهو يعلمه - إلا كفر

Tiada seorang lelaki yang mendakwa (bin atau binti) dengan bukan bapanya padahal ia mengetahuinya melainkan ia menjadi kafir. [Sahih al-Bukhari - no: 5698]

ومن ادعى إلى غير أبيه أو انتمى إلى غير مواليه فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل الله منه يوم القيامة عدلا ولا صرف


Barangsiapa
mendakwa kepada bukan bapanya ataupun ia menasabkan (bin/bintikan)
kepada bukan maulanya ia mendapat kutukan Allah, kutukan para Malaikat
dan kutukan manusia secara seluruhnya, tidak diterima daripadanya
taubat dan fidyah pada hari Qiamat.
[ Sahih at-Tarhib wa at-Targhib - no: 1986]

Berhati-hatilah dengan mulut yang berkata-kata. Berhati-hatilah wahai mulut yang mudah berkata-kata.

    Kemudian ustaz itu menceritakan bahawa dia dapat maklumat. Ya…dengar2 baru, bahawa Mufti perlis akan mengeluarkan buku menyatakan bahawa perjuangan Islam menerusi sistem politik adalah batil. Maka atas dasar maklumat yang belum tentu ianya benar dan akan terjadi, ustaz itu dengan bersemangat menyebut pada minit 30:58:

"Saya kalau dengar mufti ni saya nak kalau boleh saya nak pancung saja kepalanya."

pada lebih kurang minit 31:20 beliau berkata:

"Ini mufti Perlis…Asri…ni bapak setan."

Bagaikan terlupa Rasulullah s.a.w menyebut:
سباب المسلم فسوق وقتاله كفر

Mencaci orang Islam adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekafiran.
[Sahih al-Bukhari - hadis no: 6665]

    Kalau yang berkata sedemikian orang bukan Islam, kita jelas mengapa mereka tak sebulu dengan kita. Tetapi fitnah sedang mengcengkam umat Islam, orang yang  aku hormati, yang tinggi pelajaran, mampu berkata2 dengan berlidahkan rakus emosi. Apakah ceramah penuh caci maki mampu mengampuhkan aqidah para pejuang jalan Allah? Begitukah cara Rasulullah s.a.w?

     Apa yang boleh dimanfaatkan dari luahan ini adalah pengajaran. Apabila kita mendengar ceramah, kuliah, apa saja, dengarlah dengan kritis. Jadikan al-Quran dan as-Sunnah neraca timbangan. Buang virus2 fanatik. Moga Allah menunjukkan kita jalan yang benar. Dan janganlah kita bersikap double standard, bila mufti A dicuit kita marah, tetapi kepada mufti B kita ‘hadiahkan’ sumpah seranah. Semua mufti pun perlu kita sayangi. Kalau benar hujahnya kita terima, kalau tidak kita letak tepi tanpa menjatuhkan peribadinya.

إتباع الحق لا إتباع الرجال

“Ikutilah Kebenaran Bukan Mengikuti Orangnya"

p/s: Ini semata2 luahan, sebab itu ianya tidak diletakkan di dalam blog http://demipena.blogspot.com