Bila Mufti-Mufti Dicerca…

    Dulu panas isu Mufti Perak di’ganggu’ oleh sesetengah golongan yang ingin masuk campur hal ehwal Islam. Maka naik angin ramai orang sekeliling. Aku turut rasa tak patut mereka menggangu sesuatu yang bukan hak mereka. Kemudian isu tersebut kembali reda…namun calarnya ada. Ianya bukti hal-hal agama ini dicuit sedikit demi sedikit oleh orang luar.

    Sabtu lepas, selepas kuliah Subuh, sempat balik rumah untuk lelapkan mata dalam 20 minit, kemudian aku dengan adik bergegas ke kuliah ustaz Fathul pula. Adik ada meeting dengan ustaz Fathul selepas itu. Dalam kuliah ustaz Fathul beliau menyentuh sedikit pasal isu mufti dicaci, tapi kali ni lebih menyedihkan sebab yang mencacinya itu adalah seorang Islam, seorang ustaz, bukan calang2, dahulunya pensyarah di sebuah Universiti ternama. Tetapi barangkali kerana emosinya menguasai tindakan maka dia memaki mufti Perlis. Aku bukanlah pro mana2. Aku pernah ke kuliah ustaz tersebut juga tiap kali cuti, apabila beliau datang memberi kuliah Subuh. Namun kebenaran itu lebih aku sayangi. Disini bukanlah aku hendak membuka aib sesiapa kerana kalau benar
bertujuan demikian nescaya aku streama clip ceramah tersebut di sini
agar semua boleh tengok. Agar terkenal nama ustaz itu. Aku masih bersangka baik bahawa ustaz itu mungkin terkesan dengan tekanan kerja dan sebagainya. Jadi ini sekadar luahan dan pembetulan maklumat agar semua yang membaca peroleh serba sedikit manfaat.

 

Aku berpeluang menonton sendiri ceramah ustaz tersebut. Pada minit 7:29 beliau berkata:

"Yang terbaru adalah apabila mufti Perlis, keluar kenyataan, keluar fatwa, orang-orang yang masuk Islam tidak perlu tukar nama. Kekalkan nama lama, Raju, Sami dan sebagainya. Bagi saya ini adalah agenda jahat. Untuk memadam Syiar Islam. Nama adalah Syiar, saudara…"

Pada minit 8:02 beliau menambah:

"Jadi apa agenda  yang tersembunyi disebalik fatwa mufti Perlis yang gila itu." (disambut dengan gelak ketawa beberapa orang kedengaran dari bawah pentas)

    Itu baru sedikit, ada lagi cacian. Aku nak komentar perkara itu dahulu. Pertamanya, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Perlis (dianggotai 13 ahli) adalah:

“Dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis sebulat suara bersetuju dengan keputusan tidak membenarkan mereka mengubah nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam,

rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Di situ sahaja ustaz tersbeut sudah melakukan kesilapan dan terus terbuai dengan kesilapan apabila mencaci mufti Perlis. Yang dilarang tukar nama bapa, nasab bukannya nama Dan apakah fatwa ini gila? Berhati-hatilah mulut yang berkata kerana Allah berfirman:

Panggillah mereka dengan nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah [al-Ahzab 33:5]

dan Rasulullah s.a.w bersabda:

من ‏ ‏ادعى ‏ ‏إلى غير أبيه وهو يعلم أنه غير أبيه فالجنة عليه حرام

Barangsiapa yang mengaku bapa, kepada yang bukan bapanya padahal ia mengetahuinya maka haramlah syurga keatasnya. [Sahih al-Bukhari - no: 4071]

ليس من رجل ادعى لغير أبيه - وهو يعلمه - إلا كفر

Tiada seorang lelaki yang mendakwa (bin atau binti) dengan bukan bapanya padahal ia mengetahuinya melainkan ia menjadi kafir. [Sahih al-Bukhari - no: 5698]

ومن ادعى إلى غير أبيه أو انتمى إلى غير مواليه فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل الله منه يوم القيامة عدلا ولا صرف


Barangsiapa
mendakwa kepada bukan bapanya ataupun ia menasabkan (bin/bintikan)
kepada bukan maulanya ia mendapat kutukan Allah, kutukan para Malaikat
dan kutukan manusia secara seluruhnya, tidak diterima daripadanya
taubat dan fidyah pada hari Qiamat.
[ Sahih at-Tarhib wa at-Targhib - no: 1986]

Berhati-hatilah dengan mulut yang berkata-kata. Berhati-hatilah wahai mulut yang mudah berkata-kata.

    Kemudian ustaz itu menceritakan bahawa dia dapat maklumat. Ya…dengar2 baru, bahawa Mufti perlis akan mengeluarkan buku menyatakan bahawa perjuangan Islam menerusi sistem politik adalah batil. Maka atas dasar maklumat yang belum tentu ianya benar dan akan terjadi, ustaz itu dengan bersemangat menyebut pada minit 30:58:

"Saya kalau dengar mufti ni saya nak kalau boleh saya nak pancung saja kepalanya."

pada lebih kurang minit 31:20 beliau berkata:

"Ini mufti Perlis…Asri…ni bapak setan."

Bagaikan terlupa Rasulullah s.a.w menyebut:
سباب المسلم فسوق وقتاله كفر

Mencaci orang Islam adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekafiran.
[Sahih al-Bukhari - hadis no: 6665]

    Kalau yang berkata sedemikian orang bukan Islam, kita jelas mengapa mereka tak sebulu dengan kita. Tetapi fitnah sedang mengcengkam umat Islam, orang yang  aku hormati, yang tinggi pelajaran, mampu berkata2 dengan berlidahkan rakus emosi. Apakah ceramah penuh caci maki mampu mengampuhkan aqidah para pejuang jalan Allah? Begitukah cara Rasulullah s.a.w?

     Apa yang boleh dimanfaatkan dari luahan ini adalah pengajaran. Apabila kita mendengar ceramah, kuliah, apa saja, dengarlah dengan kritis. Jadikan al-Quran dan as-Sunnah neraca timbangan. Buang virus2 fanatik. Moga Allah menunjukkan kita jalan yang benar. Dan janganlah kita bersikap double standard, bila mufti A dicuit kita marah, tetapi kepada mufti B kita ‘hadiahkan’ sumpah seranah. Semua mufti pun perlu kita sayangi. Kalau benar hujahnya kita terima, kalau tidak kita letak tepi tanpa menjatuhkan peribadinya.

إتباع الحق لا إتباع الرجال

“Ikutilah Kebenaran Bukan Mengikuti Orangnya"

p/s: Ini semata2 luahan, sebab itu ianya tidak diletakkan di dalam blog http://demipena.blogspot.com

Leave a Reply