Hujung Minggu di Tanjung Rhu…
Hujung minggu lepas merupakan antara hujung minggu yang menyeronokkan dan penuh makna. Pengalaman jadi fasilitator untuk program Friends for Future anjuran SIFE memang menarik. Pada awalnya tak berminat nak join sebab ingat nak rehat sikit cuti ni sebelum mula practical (cadang nak start practical cuti ni jugak). Yap ajak aku join, dan nampak macam menarik, maka aku join la. Aku agak teruja gak bila dengar fasi untuk program kali ni akan join sekali beraktiviti dengan bebebudak dalam kumpulan. Makan minum sekali ngan bebudak, tidur sekali ngan bebudak (tapi lain2 katil la, jangan kuningkan kata2 saya <ayat fasi pencen hahaha>), kalau bebudak kena denda fasi pun akan kena sama2. Dengar macam seronok.
Kat sana aku jadi fasi group yang menamakan diri mereka ANTZ sebab diorg bajet diorg macam semut la hahaha. Seangkatan dengan aku jadi fasi group tu adalah Tuan Taufik (yang bleh tahan merepek rupanya), Uzair (yang tak banyak cakap dan sentiasa cool) dan Epy (akak fasi yang mudah confuse hehehe). Dan bebudak kat program tu semuanya umur 16 tahun kecuali beberapa kerat budak Form 6 je umur 18 tahun termasuklah si Fuad, ketua kumpulan ANTZ. So sesuatu pengalaman menarik dapat bergaul ngan bebudak yang lebih muda hampir 6 tahun daripada aku. Masing2 ada karakter tersendiri. Melihat diorang kekadang macam melihat diri sendiri masa umur 16 tahun dulu.
Fuad ketua kumpulan yang nampak matang. Berminat dan bersemangat dalam hal2 agama. Banyak tanya aku tentang hukum hakam termasuklah hal2 politik hehehe. Dia kot yang suruh buatlah sesi ta’lim skit. Nantilah insyaAllah kalau ada peluang aku bawak korang semua berusrah ek. Kita diskus la satu dua kitab.
Ali yang pakaian dia ala2 nak masuk MCKK je. Aku ada dengar suara2 cakap muka dia macam Tunku Abdul Rahman *gelak guling2*…Ada pulak cakap macam Tun Dr. Mahathir. Kesimpulan yang pasti muka dia tu muka politikus la kot walaupun dia nak jadi doktor psikologi. Walaupun begitu, pandai menari rupanya mamat ni, aku dapat tengok video dia menyayi dan menari ngan Farah AF, hebat tarian dia *sarcasticsm* (^-^)
Amzar plak pendiam, susah nak dengar dia cakap. Dia nampak lebih banyak mendengar. Tapi hari terakhir tu bila dia present akaun atas pentas memang membanggakan. Seorang yang tak banyak cakap leh bagi jawapan yang kow2 punya. Memang cool dia ni.
Hakim, muka dia macam karakter semut kat bendera kumpulan ANTZ (bukan aku cakap, ada oang lain cakap). Agak ‘critical thinking’ gak dia ni rasa aku. Tak mudah terima bulat2 apa yang penceramah sampaikan. Bagus tu. Selain tu dengar kata dia ada minat sorang ni dalam group aku…yer ker? (^-^)
Affy, budak perempuan kecik molek je. Tapi bila dia start becakap, mengkagumkan ramai orang. Budak perbahasan ler katakan. Siap pantun2 lagi. Bila bercakap dengan gaya2 badan sekali. Kalah pemidato kat IPT. Ada fasi macam tak suka bila dia wat ekspressi muka macam kerek. Tapi aku tak kisah, sebab aku faham, aku sendiri dulu orang2 gelar aku si Bengis la apa la padahal dia tak kenal pun aku ni camna. People often carried away by first judgment that’s not oftenly right (amik tuh). Dia ni kalau dipolish lagi karakter dia, leh jadi somebody gak suatu hari nanti. Satu lagi yang lawak, dia ni kekadang blur ngan lawak aku dan Taufik, kekadang tension pun ada kot hahaha.
Amirah, bunga mekar dalam kumpulan ANTZ. Ayu je budaknya. Nampak matang gak. Selalu skip makan untuk pergi mandi. Bukan main punya jaga kecantikan hahahaha. Ramai peminat tak silap aku dia ni. Biasakla zaman2 sekolah mesti ada sorang dua girls yang comel2 sentiasa menjadi perhatian. Selalu melekat ngan Shahirah dalam apa2 aktiviti pun.
Shahirah, selalu melekat ngan Amirah. Kuat mengusik gak, cam aku masa zaman sekolah dulu gak (sakarang pun masih lg kuar mengusik orang sebenarnya hehehe). Antara yang terserlah dalam kumpulan ANTZ. Hampir2 jatuh dalam paya masa menyusur kat hutan bakau, nasib baik aku selamatkan (tetiba rasa cam Superman plak), kalau tak memang tenggelam ler, dah la kecik hahaha.
Salwa plak memula pendiam. Aku ngan fasi2 lain risau gak. Dia tak selesa dengan group tu ke, atau tak selesa ngan fasi huhuhuhu. Memula saja suruh dia yang present nanti untuk group identity tapi punya pemalu asyik menolak (last2 dia kena terima ler). Tapi kejap je pendiam dia, pastu jadi mesra terus. Memang twist macam ending Baik Punya Cilok hahaha.
Fatin, haa dia ni memang pendiam betul. Takda twist2 macam Salwa hehe. Pening kepala kot. Ditambah dengan fasi gila macam aku ngan Taufik. Dia tak pengsan dah kira nasib baik (^-^)
Kepelbagaian karakter ni betul2 menghiburkan. Aku tak pasti berapa banyak ilmu diorang dapat daripada aku, cuma yang pasti aku banyak gak belajar bila dengan diorang. Diorang suma kini adalah sebahagian dari karakter yang memberikan kesan dalam hidup aku. Walaupun sekejap, aku dah rasa diorang macam keluarga sendiri. Kita dah makan minum bersama, berkawad bersama, masuk paya yang busuk lagi membusukkan sama2 (Epy terminum air paya tu dengar kata hahaha), kena tembak ngan group lain masa presentation sama2 dan macam2 lagi. Terima kasih untuk hujung minggu yang best tu. Terima kasih untuk satu ikatan baru yang aku harap dapat berkekalan.
alkisah hari ni, walaupun penat giler aku gagahkan jugak untuk pergi interview pagi tadi, alhamdulillah aku berjaya dapat. Start practical minggu depan. Berkat doa orang2 tersayang. Satu rantaian hari-hari yang mengembirakan….
p/s: Esok aku plan nak wat aktiviti masa cuti yang dah lama tak buat. Nak pergi tengok wayang (animasi feveret aku, Shrek 3), makan2 kat KLCC, lepak kedai buku berjam2. Weekend dah habiskan dengan aktiviti berkumpulan, skarang masa untuk aktiviti perseorangan huhuhuhu.
KATA-KATA YANG AKAN SENTIASA DALAM INGATAN DALAM PROGRAM FRIENDS OF FUTURE
1. Jangan kuningkan kata-kata saya (Pak Nordin)
2. Hey hey hey hey (Pak Nordin)
3. Kitorang melabur dengan abang Gagak (oleh group yang kena tipu ngan Skim Cepat Kaya Gagak masa game belanjawan) <—- aku ngan Taufik gelak sampai kuar air mata
4. Kadir tu melambangkan dunia, cik Salmah tu melambangkan manusia (oleh group Jaga-Jaga Cik Salmah) <—-sampai sekarang aku tak dapat paham falsafah ni hahahahaha
5. Kurangkan bernafas, sebab nanti akan keluar banyak karbon dioksida dan menyebabkan global warming (fakta yang telah teruk disalah tafsirkan oleh Taufik)
May 29th, 2007 at 7:13 pm
hahahahahaha..sgt2 xleh blah!!bgos2 abg edry troskn lg tmbh cite2 menarik di blog anda..haha
May 29th, 2007 at 11:47 pm
wahh! mnarik sungguh blog anda abg edry. ahaha. *ayt skema*. amira mmg rmi pminat, muke sweeeeeeet gle3 spe xmnat ;D. syhrh bkn kecik la, die keding. ahaha *srry syhrh :P* hkm mnat sala sorg group members? wow! spe? amira? salwa? syhrh? affy? fatin? hoho. ali mmg pwr mnari. ahaha. blog ni best =D wlpn bkn group antz, tp group psp pena lwn ngn group antz an. group psp ngn group antz group yg baek. ahaha.
May 30th, 2007 at 1:35 am
ahahaha ! semlm da bace da, tp x smpat nk cmmnt. skrg bru ade ksmpatan. cheyt ! prefer kecik dr keding la cik hfzh oi :p tahahaha. hfzh, fyi, abg edry pn pkai ayt “bongek”. ahahaha. smpai kn mklumat je. && slalu tego gne “oip”. ahahaha. abg edry, jgn lupe active kn group FOF tu au. da aa semata2 FOF, kitorg active kn blk fs. smngt x smngt ? tahahaha
:D
May 30th, 2007 at 2:18 am
oip korang tiga je ke ada frenster dan selalu online. Lerr tak cool la tinggal Putrajaya tapi tak online. Kalau selatan Katamandhu tu paham la gak. Pi seru yang lain2 cepat huhuhuhu….dan jangan lupa join group FOF tu.
pesanan ini dibawa oleh Kopi Jantan. Kopi pilihan Pak Din.
June 2nd, 2007 at 8:28 am
4. Kadir tu melambangkan dunia, cik Salmah tu melambangkan manusia (oleh group Jaga-Jaga Cik Salmah)
abg still x phm..~? adoi.. parah nie.. sbg wakil kump JJCS :
renung2 kn la ayat 2 ye..~
btw.. kem nie mmg blast gle.. lps blaik dr kem rs sunyi sgt… mcm x nk teruskn idop je.. huhu..~ ;P LOL..
lg 1, mira 2 mmg cun.. smpi ad sorg ‘abg fesi’ 2 sangkut kat die.. spe la ye…~??? huhu..
lg skali.. renung2 kn la..~ ;D
June 2nd, 2007 at 11:07 pm
Dah puas renung dah. Lagi senang paham apa René Descartes cakap dari teori Cik Salmah dan Kadir tu hahahahah.
Wah abg fasi mana tu sangkut?Bukan dia ke yang sangkut kat sorang abg fasi ni, abg fasi yang macho2…hensem2 jadi kegilaan ramai adik2 di sana hahahaha. (korang ni gossip kalah mama juwie)
June 5th, 2007 at 9:34 am
waaa…sebuah cite yg sgt menarik…hoho..n part mira sgt sedap telinga mndgr sdp lg mate mmbace… ;P bdway, mane emailnyer cik abg oiii..?
June 6th, 2007 at 3:48 am
Apakah…kalau korang perati part dia la nampak clinche. Sebab tatau nak tulis apa yang unik sebab tak rapat.
ooh pasal email2 tu..sorry la dalam yahoogroups fasi2 tu diorg tak kasi access members nyer info. Nanti la abg try mintak kat abg razif ke, kak emi ke, Abg polis aka Leo ke
June 24th, 2007 at 12:27 pm
walaupon sy tiade kene mengene di dlm blog ini…tp sy gelak besor smbl melompat keriangan membace alkesah fof ini….HAHAHHAHAAAAHAHAH